Polisi Privasi
Merayap Rabu Malam · Kemas kini terakhir: 20 Oktober 2026
Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana Kelab Larian Kearong (KB Kearong Runner) ("kami", "penganjur") dan LariHub (larihub.my, platform teknologi yang mengendalikan laman ini) mengumpul, menggunakan, menyimpan dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda (a) daftar hadir (RSVP) untuk sesi mingguan Merayap Rabu Malam atau daftar masuk di lokasi, (b) membeli di Kedai Kelab (merayap.larihub.my/kedai), dan (c) mendaftar untuk acara berbayar Merayap Rabu Malam Berselawat, Cintakan Negara (26 Ogos 2026, "Acara"). Polisi ini disusun selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
1. RSVP Mingguan Merayap Rabu Malam
Apabila anda daftar hadir untuk sesi mingguan (merayap.larihub.my/rsvp) atau daftar masuk di lokasi, kami mengumpul:
- Nama penuh, no. telefon bimbit dan alamat e-mel
- No. MyKad atau no. pasport — untuk mengesahkan identiti anda setiap minggu. Daripada No. MyKad kami menyimpan jantina, tahun lahir dan negeri lahir untuk statistik. Senarai peserta di papan pemuka penganjur hanya menunjukkan 4 aksara terakhir No. MyKad / pasport; nombor penuh hanya terdapat dalam fail eksport (CSV) yang boleh dimuat turun oleh pentadbir akaun kelab (KB Kearong Runner) dan LariHub.
- Kawasan / poskod — pilihan, hanya jika anda mengisinya
- Jawapan kepada soalan minggu itu, termasuk soalan daripada penaja sesi
- Rekod kehadiran — sesi yang anda RSVP dan masa anda daftar masuk
Tujuan. Data anda disimpan oleh KB Kearong Runner dan LariHub untuk:
- menguruskan larian (senarai RSVP, daftar masuk di lokasi, keselamatan peserta);
- statistik penaja (agregat sahaja) — penaja sesi menerima laporan berupa jumlah dan peratusan (contohnya bilangan RSVP dan hadir, pecahan umur dan jantina, jawapan Ya/Tidak). Penaja tidak menerima nama, no. telefon, e-mel, No. MyKad atau jawapan bertulis anda. Pecahan umur dan jantina tidak dipaparkan apabila RSVP terlalu sedikit sehingga seseorang boleh dikenal pasti;
- berita acara akan datang melalui e-mel daripada kelab dan LariHub.
Persetujuan. Notis ini dipaparkan di bawah butang hantar borang RSVP. Dengan menghantar borang,
anda bersetuju dengan penggunaan di atas (persetujuan tersirat). Versi notis yang direkodkan bersama RSVP anda:
ms-2026-10-20-rsvp-tersirat.
Boleh berhenti bila-bila masa. Hubungi penganjur (Seksyen 10) untuk berhenti menerima e-mel berita, atau untuk meminta data anda dipadam. Setiap e-mel berita akan menyertakan pautan berhenti langganan.
Ingatan pada peranti anda. Selepas anda menghantar borang, maklumat yang anda taip sendiri (nama, telefon, e-mel, No. MyKad / pasport, kawasan, jawapan soalan sesi) dan satu token daftar masuk disimpan dalam pelayar peranti anda sahaja (localStorage), supaya borang minggu depan diisi automatik dan butang “Saya dah sampai” berfungsi dengan satu tekan. Maklumat ini tidak dihantar kepada sesiapa dan pelayan kami tidak pernah memaparkan semula data yang disimpan kepada orang yang menaip no. telefon anda. Tekan “Bukan anda? Isi semula” pada borang untuk memadamnya, terutamanya pada telefon yang dikongsi.
Tempoh simpanan. Data RSVP disimpan selagi anda aktif menyertai sesi kelab, dan sehingga 2 tahun selepas sesi terakhir yang anda hadiri; selepas itu ia dipadam atau dianonimkan.
2. Kedai Kelab (merayap.larihub.my/kedai)
Apabila anda membeli di Kedai Kelab, kami mengumpul:
- Nama penuh, no. telefon bimbit dan alamat e-mel — untuk resit, nombor pesanan dan supaya kelab boleh menghubungi anda tentang pesanan itu.
- Barang yang dibeli (saiz/pilihan, kuantiti, harga) dan cara terima (ambil sendiri atau pos).
- Jika dipos: nama dan no. telefon penerima, alamat, poskod, bandar dan negeri. Alamat ini dicetak pada label bungkusan dan diserahkan kepada Pos Malaysia atau syarikat kurier untuk penghantaran sahaja.
- Rekod bayaran — nombor bil Billplz dan status bayaran. Butiran bank anda dikendalikan oleh Billplz dan bank anda; kami tidak menerimanya.
Tujuan. Data disimpan oleh KB Kearong Runner dan LariHub untuk memproses, membungkus dan menghantar pesanan, menjawab pertanyaan, rekod kewangan kelab, dan berita acara kelab akan datang melalui e-mel. Anda boleh berhenti menerima e-mel berita bila-bila masa.
Persetujuan. Notis ini dipaparkan di bawah butang Bayar. Dengan menekan Bayar, anda bersetuju dengan
penggunaan di atas (persetujuan tersirat). Versi notis: ms-2026-10-20-kedai-tersirat.
Troli dan butiran yang anda isi disimpan dalam pelayar peranti anda sahaja supaya tidak perlu diisi semula; tekan “Bukan anda? Kosongkan” di halaman troli untuk memadamnya.
Acara berbayar 26 Ogos 2026 dan maklumat am
3. Maklumat yang Kami Kumpul (pendaftaran Acara)
Semasa proses pendaftaran Acara berbayar, kami mengumpul maklumat berikut:
- Maklumat pembeli: Nama, alamat e-mel, nombor telefon (WhatsApp)
- Maklumat peserta: Nama, jantina, kategori (5KM/2KM), pakej (dewasa/kanak-kanak), saiz jersi, dan baju add-on (jika dipilih)
- Nombor Kad Pengenalan (IC): pilihan — hanya jika anda memberikannya, untuk tujuan insurans/pengesahan
- Maklumat pembayaran: Diproses oleh Billplz — kami tidak menyimpan butiran perbankan atau kad anda
- Maklumat teknikal: Alamat IP dan masa pendaftaran (untuk keselamatan & pencegahan penyalahgunaan)
4. Tujuan Pengumpulan
Maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan berikut sahaja:
- Memproses dan mengesahkan pendaftaran anda untuk Acara
- Memproses pembayaran secara selamat melalui Billplz (FPX)
- Menghantar e-mel pengesahan pendaftaran dan maklumat berkaitan Acara
- Menguruskan pengagihan kit, jersi dan baju add-on
- Mengesahkan penyertaan anda pada hari Acara
- Perlindungan insurans peserta (jika berkenaan) dan memenuhi kewajipan undang-undang
5. Perkongsian dengan Pihak Ketiga
Maklumat anda dikongsi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan Acara:
- Billplz Sdn Bhd — memproses pembayaran FPX secara selamat
- Supabase — penyimpanan pangkalan data pendaftaran
- Cloudflare — infrastruktur & keselamatan laman web, termasuk semakan keselamatan Turnstile pada borang RSVP dan daftar masuk
- Resend — penghantaran e-mel pengesahan pendaftaran dan RSVP
- Penaja sesi mingguan — laporan agregat sahaja (lihat Seksyen 1); tiada data peribadi
- Pos Malaysia / syarikat kurier — nama, no. telefon dan alamat penerima untuk pesanan Kedai Kelab yang dipos sahaja (lihat Seksyen 2)
- Pihak berkuasa tempatan / syarikat insurans — hanya jika diperlukan oleh undang-undang atau untuk perlindungan peserta
Kami TIDAK menjual atau menyewakan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak untuk tujuan pemasaran.
6. Penyimpanan & Keselamatan Data
- Data disimpan dalam pangkalan data yang selamat dan dilindungi dengan penyulitan (encryption) semasa penghantaran dan penyimpanan.
- Akses dihadkan kepada penganjur dan kakitangan yang diberi kebenaran sahaja, yang terikat dengan obligasi kerahsiaan.
- Tempoh penyimpanan: sehingga 2 tahun selepas tarikh Acara untuk tujuan rekod, insurans dan rujukan acara akan datang. Selepas itu, data akan dipadam atau dianonimkan.
- Walaupun kami mengambil langkah munasabah, tiada sistem 100% selamat; kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak.
7. Hak Anda di Bawah PDPA
Sebagai subjek data, anda berhak untuk:
- Akses — meminta salinan data peribadi yang kami simpan
- Pembetulan — membetulkan maklumat yang tidak tepat
- Penghapusan — meminta data anda dipadam (tertakluk kepada obligasi undang-undang)
- Menarik balik persetujuan — pada bila-bila masa, tetapi ini mungkin menjejaskan penyertaan anda
- Menghadkan pemprosesan — meminta kami menghadkan penggunaan data anda
Untuk menguatkuasakan hak ini, sila hubungi kami (Seksyen 10). Permintaan diproses dalam 21 hari bekerja.
8. Kuki (Cookies) & Penjejakan Emel
Laman ini tidak menggunakan kuki pengesanan pihak ketiga atau piksel pemasaran (seperti Meta atau TikTok). Hanya data teknikal asas yang diperlukan untuk keselamatan dan pengendalian laman digunakan. Borang RSVP dan troli Kedai Kelab menyimpan maklumat anda sendiri dalam pelayar peranti anda (lihat Seksyen 1, “Ingatan pada peranti anda”, dan Seksyen 2).
Emel rasmi kami (pengesahan pendaftaran, peringatan bayaran, makluman pengambilan kit) mengandungi satu imej penjejak halus daripada penyedia emel kami (Resend). Ia merekodkan bahawa emel tersebut telah dibuka — semata-mata supaya penganjur tahu makluman penting benar-benar sampai kepada peserta. Kami tidak merekodkan alamat IP atau peranti anda daripada emel, dan data ini tidak dikongsi dengan mana-mana pengiklan. Anda boleh mematikannya dengan menyekat pemuatan imej dalam aplikasi emel anda; kandungan emel tetap boleh dibaca sepenuhnya.
9. Peserta Kanak-Kanak
Acara ini mesra keluarga. Peserta kanak-kanak (bawah 12 tahun) wajib mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga semasa pendaftaran. Ibu bapa/penjaga bertanggungjawab ke atas maklumat dan penyertaan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
10. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan, aduan atau permohonan berkaitan data peribadi anda, sila hubungi penganjur:
- WhatsApp penganjur (Kelab Larian Kearong): +60 16-921 1115
11. Perubahan Polisi
Kami berhak meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini dengan tarikh "Kemas kini terakhir" dikemas kini.